Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abd Azim Mohd Zabidi, membantah tindakan atlet menjalankan kutipan derma secara terbuka dan akan membawa perkara itu dalam mesyuarat badan induk itu bulan depan.
Azim bimbang usaha atlet menjalankan kutipan derma untuk apa-apa tujuan akan meletakkan mereka berdepan risiko penyalahgunaan dana.
Malah, mengikut dasar sukan negara, tugas atlet bukannya mencari dana dan beliau berpendapat amalan itu perlu dihentikan walaupun objektifnya demi lancana di dada.
"Kalau persatuan yang mengutip dana, maka ia boleh dilihat dalam akaun mereka. Bagaimana ia digunakan tetapi kalau atlet itu sendiri, kami tiada cara untuk menyemaknya sama ada ia untuk kegunaan apa," katanya.
Semalam, Nadi Arena melaporkan atlet lawan pedang, Joshua Koh I Jie, telah mengumpulkan RM60,000 menerusi tabung derma untuk membiayai program latihannya di Itali menjelang kejohanan kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea selatan, April depan.
Tahun lalu, skuad hoki dalam air turut mengambil tindakan sama untuk menyertai Sukan SEA Filipina.
"Saya akan bawa perkara ini kepada MOM untuk dibincangkan dan dikeluarkan satu ketetapan. Jika melibatkan sebarang sumbangan, ia harus melalui persatuan dan bukan atlet," tambah Azim.
Editor: Nafis Abdullah