Bagi memastikan kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Indonesia kali ini sifar kes doping, setiap atlet akan dipastikan tidak terlepas daripada menjalani ujian saringan dan yang paling utama perlu mengisytiharkan setiap bahan yang diambil dalam tempoh enam bulan ini.
Tiga badan utama sukan Malaysia -- Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) -- akan melaksanakan ujian secara mengejut ke atas setiap atlet.
Untuk atlet yang berpangkalan di luar negara pula, ADAMAS akan meminta bantuan agensi anti doping negara berkenaan menjalankan ujian bagi pihaknya.
Tidak terkecuali, atlet dalam kalangan sukan bukan prospek pingat turut akan dikerah menjalani ujian bagi memastikan Malaysia benar-benar sifar doping untuk temasya kali ini.
"Atlet negara yang sedang berlatih di luar negara, ada antara mereka yang tidak balik ke Malaysia dan akan terus ke negara tuan rumah Sukan Asia, Indonesia.
"Jadi, kami akan bekerjasama dengan agensi anti-doping di negara mereka berlatih untuk mengadakan ujian ke atas mereka. Tiada atlet yang boleh terlepas dalam hal ini," kata Pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
Dalam masa yang sama, pihak ADAMAS juga mahu setiap atlet segera mengisytiharkan bahan-bahan seperti ubat dan makanan tambahan yang telah diambil sejak enam bulan lalu bagi memudahkan proses saringan doping dijalankan.
"Tempoh setahun tidak relevan tetapi tiga bulan pula terlalu singkat.
"Jadi, tempoh enam bulan ini adalah terbaik, kita takut penggunaan ubat-ubatan yang diambil berulang kali oleh atlet yang di luar pengetahuan ADAMAS," kata Ketua Pengarah ADAMAS, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.