Kejayaan kontinjen negara menamatkan penantian bagi juara keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) selepas empat tahun memberi petanda positif terhadap potensi yang dimiliki barisan atlet pelapis kini.
Malaysia cemerlang mengungguli ASG 2018 dengan pungutan 37 pingat emas, 34 perak dan 32 gangsa, sekali gus memperbaiki pencapaian dalam edisi lalu di Singapura apabila mengakhiri saingan di tempat keempat keseluruhan.
Olahraga menjadi lubuk emas kontinjen negara selepas meraih pencapaian tertinggi dengan 10 emas.
Anak buah jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim, turut menjadi tumpuan dalam memastikan pingat emas menjadi milik mereka dan ternyata Muhammad Ilham Suhaimi dilabel elemen penting dalam memberikan tentangan sengit kepada Thailand dan Indonesia selain menjadi atlet terbaik dengan empat pingat emas secara keseluruhan.
"Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian Malaysia dalam ASG," kata Poad.
Gimnas negara, Izzah Amzan, pula mewarnai acara gimrama dengan pencapaian terbaiknya dengan membawa pulang lima pingat emas, memperbaiki pencapaian edisi lalu dengan empat emas.
ASG 2018 adalah sentuhan terakhir Izzah bagi menikmati suasana kejohanan sebelum kembali menyambung latihan demi misi dalam Sukan Asia, bulan depan.
"ASG bukan kejohanan yang mudah, pesaing yang agak sengit. Kemenangan ini melonjakkan semangat saya untuk beraksi dalam Sukan Asia nanti," kata Izzah.