Skip to main content

Sukan Lain

ARC: Malaysia terus kempunan kemenangan

hongkongmalaysia.jpg
HONG KONG 91 MALAYSIA 10

Malaysia terus kempunan kemenangan sulung dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2018 selepas dibelasah Hong Kong 91-10 di Stadium Kelab Bolasepak Hong Kong, sebentar tadi.

Selepas tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini, anak buah Lim Nyuk Fah itu turun bagi merakamkan kemenangan sulung dalam saingan ini.

Permulaan separuh masa pertama menyaksikan skuad negara berdepan tekanan daripada tuan rumah apabila seawal minit kedua, Hong Kong memperoleh try yang disempurnakan oleh Max Denmark.

Terdapat peningkatan dalam permainan Malaysia pada pertengahan perlawanan apabila meraih mata menerusi try yang dilakukan oleh Etanio Soukuru.

Hong Kong ternyata berada di tahap berbeza dalam perlawanan ini tetapi Malaysia berjaya mencuri beberapa mata menerusi penalti yang disempurnakan oleh Mohd Sharif Saiful dan Amirul Akil.

Secara keseluruhan, 11 conversion berjaya disempurnakan oleh tuan rumah sepanjang perlawanan bagi memastikan kemenangan bergaya ke atas Malaysia.
 

Advertisement

Must Watch Video