Pasukan Hong Kong tidak memandang mudah cabaran tuan rumah, Malaysia, dalam pertemuan kedua Kejohanan Ragbi Asia Divisyen Perdana (ARC) meskipun pasukan pelawat itu mempunyai kelebihan daripada sudut kecergasan pemain dan juga ranking yang lebih baik daripada skuad negara.
Daripada sudut ranking, Hong Kong berada di tangga ke-22 dunia manakala Malaysia pula di tangga ke-48.
Tambahan pula, Hong Kong dapat menurunkan barisan pemain terbaik dan bebas daripada kecederaan berbanding Malaysia yang kehilangan beberapa tonggak selepas bertembung dengan Korea Selatan, minggu lalu.
Namun, ia bukan tiket untuk Hong Kong berasa selesa bagi menghadapi perlawanan itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.
"Saya rasa kami memiliki kelebihan berikutan Malaysia mengharungi perlawanan yang sukar menentang Korea Selatan dalam aksi sulung minggu lalu.
"Kami lebih segar dengan beberapa pemain yang mengalami kecederaan dan tidak cergas dalam aksi pertama akan turun beraksi," ujar pengurus Hong Kong, Dai Rees.
Saingan ARC tahun lalu menyaksikan Hong Kong menamatkan cabaran di tempat kedua.
Justeru, tahun ini mereka berhasrat untuk muncul juara bagi memburu slot play-off Piala Dunia Ragbi di Jepun, tahun depan.
"Kami bangga mendapat kelayakan Piala Dunia Ragbi di Jepun.
"Jadi, kami harus menang dan harus menjadi pasukan kegemaran," katanya lagi.