SUKAN LAIN
Aksi cemerlang Afiq di Dubai undang tekanan
Kejayaan atlet para negara, Afiq Ali Hanafiah, menggondol pingat emas pertama negara bagi acara 100 meter T11/12 dalam Kejohanan Para Dunia di Dubai meningkatkan tekanan buat pelari pecut normal untuk bersaing di pentas global.
Afiq bukan atlet para pertama negara yang menyerlah dalam Sukan Para Dunia tetapi pelari pecut yang mengalami masalah penglihatan itu memecah rekod pencapaian selaku atlet tunggal setakat ini yang menjulang emas kategori itu.
Ziyad Zulkifli serta Ridzuan Puzi pernah menikmati kejayaan di pentas sama, malah ia pernah dirintis Allahyahram Azlan Mat Lazim.
Iklan
Namun, sejak kejayaan diukir atlet para terdahulu, kesannya langsung tidak tempias kepada kalangan atlet pecut normal negara sehinggalah Afiq mencipta sejarah baru.
Kejayaan Afiq itu besar ertinya buat pelari berusia 24 tahun tersebut walaupun catatannya sedikit perlahan berbanding rekod peribadi terbaik, 11.2 saat.
Afiq menewaskan pelari pilihan Jepun, Syunha Yamaji, dengan kelebihan sangat tipis, 0.15s, sekali gus membuktikan kejayaan itu dilakar dalam pertembungan sukar dan sensasi.
"Pertama sekali, saya syukur dan gembira dapat menyumbangkan emas. Strategi saya hanya buat sehabis baik. Insya-Allah saya akan cuba memperbaharui rekod saya, iaitu 11.2s," katanya.
Must-Watch Video