Atlet memanah negara, Akmal Nor Hasrin dan Muhd Zarif Syahir, mahu terus meningkatkan prestasi masing-masing menjelang siri kedua Piala Dunia di Turki pertengahan bulan ini dalam memburu slot ke Sukan Asia Jakarta-Palembang, Ogos nanti.
Akmal dan Zarif adalah antara yang membawa cabaran negara dalam siri pertama yang berlangsung di Shanghai, China bulan lalu.
Paling mencuri tumpuan sudah pasti Akmal yang berjaya menewaskan pemenang emas Olimpik 2012 London, Oh Jin-hyek dari Korea Selatan, dalam pusingan ketiga saingan recurve individu.
Begitupun, langkahnya tersekat dalam pusingan suku akhir apabila kecundang kepada pemanah Jepun, Takaharu Furukawa.
Di sebalik kekecewaan itu, Akmal percaya dengan keupayaannya untuk terus memberi saingan dalam siri kedua di Antalya, Turki yang akan bermula 20 Mei ini.
"Saya perlu memberikan kekuatan fizikal dan mental bagi menyesuaikan diri dengan suasana dalam kejohanan bagi menghadapi acara individu dan berpasukan," kata Akmal.
Buat Zarif pula, penyertaan sulungnya dalam saingan Piala Dunia menyaksikan dia kandas dalam pusingan pertama bersama-sama seorang lagi pemanah negara, Haziq Kamaruddin.
Dia yang merupakan antara muka baru dalam Program Podium bagaimanapun ingin menjadikan pengalaman di Shanghai itu untuk terus mempamer prestasi lebih baik.
Ketika ini, skuad recurve lelaki negara mempunyai lima pemanah utama dengan hanya empat pemanah terbaik akan tersenarai ke Sukan Asia dan Zarif bertekad ingin memastikan salah satu daripada slot berkenaan menjadi miliknya.
"Ini merupakan penampilan sulung dalam Piala Dunia dan mahu menilai prestasi saya tuntuk terus meningkat naik. Saya juga berharap dapat beraksi dalam Sukan Asia nanti," kata Zarif.