Penembak double trap negara, Abraham Ng Wei Jin, bergelut untuk mempersiapkan diri ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 tanpa jurulatih apabila terpaksa berlatih sendiri sejak awal tahun ini.
Abraham tidak mempunyai jurulatih sejak persiapan ke Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dan kini menjelang Sukan Asia, dia hanya berlatih sendiri di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang.
Atas sebab itu, dia tidak menolak prestasi tidak konsisten dipamerkan di Gold Coast dan mengharapkan bantuan jurulatih dari Russia sahaja, Vasily Mosin, iaitu pemenang pingat gangsa Olimpik 2012 hanya menerusi applikasi whatsapp.
"Jurulatih di sini lebih bagus kerana mereka dapat memberitahu anda sebarang perkara terus-menerus. Jika di negara lain, perbezaan masa menyebabkan mereka perlu mengambil masa sehingga sehari untuk memberi sebarang jawapan. Jadi, amat bagus apabila mempunyai seseorang yang berdekatan untuk membimbing," katanya.
Semestinya saingan dalam Sukan Asia bukan calang-calang dan menjadi cabaran untuk penembak berusia 16 tahun ini cuba meraih pingat buat negara yang julung kali.
Abraham merancang untuk membiasakan diri terlebih dahulu dengan venue itu pada Julai sebelum saingan sebenar bermula pada Ogos.
"Sebelum Sukan Asia, kami akan ke sana dan beraksi dalam tempoh mungkin seminggu atau dua minggu. Ia akan menjadi lebih mudah dan satu persiapan yang bagus untuk berada di sana lebih awal," katanya.