Status sebagai pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia seharusnya menjadi permulaan buat Lee Zii Jia untuk mengimpikan kejuaraan utama dunia, sebaliknya bukan untuk berasa tertekan atau berada dalam zon selesa.
Zii Jia sebelum ini membangkitkan soal tekanan yang mendatang sebagai pemain nombor satu Malaysia.
Namun, dengan ketiadaan Datuk Lee Chong Wei, dia berpeluang menyinar tanpa perlu dibelenggu bayangan seorang legenda.
Atas dasar itu, Zii Jia disarankan bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, agar menyimpan aspirasi untuk memenangi gelaran elit badminton dunia.
"Sebaik dia diumumkan sebagai pemain perseorangan lelaki utama negara, tiba-tiba sahaja dia berasa berada di bawah tekanan.
"Dia tidak seharusnya berasa tertekan kerana tidak kisah sama ada dia pemain nombor satu mahupun 10 negara, yang mustahak adalah memenangi kejohanan.
"Dia dalam rentak kemenangan dan beraksi mantap ketika ini, dia harus kekalkan momentum dan mencatat kemenangan.
"Itulah yang saya pesan kepada Chong Wei sebelum ini supaya cuba memenangi Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia, kemudian barulah orang akan mula memberi pengiktirafan kepada anda," kata James.
Berdasarkan kedudukan ranking dunia, kemungkinan Zii Jia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 semakin realistik.
Begitupun, James menekankan bahawa pemain muda itu memerlukan sistem sokongan daripada pelbagai pihak untuk memastikan dia layak sebagai pencabar pingat di Jepun kelak.
"Sudah semestinya dia perlu berlatih lebih gigih lagi tetapi pihak lawan juga melakukan yang sama.
"Namun, jika dia tidak diberi pendedahan kejohanan, maka latihannya tidak akan mencapai matlamat sebenar.
"BAM seharusnya menghantarnya mengikuti kejohanan utama sebanyak yang mungkin supaya dia boleh mengumpul mata, seterusnya layak ke Sukan Olimpik," katanya lagi.