Skip to main content

Badminton

Terus terbang tinggi Pearly-Thinaah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jepun.jpg
Terbang sudah, meniarap pun sudah. Apa sahaja yang tidak boleh dilakukan Pearly Tan dan M. Thinaah. Dalam 'struggle' bertahan, kejuaraan beregu wanita dalam Kejohanan Badminton Masters Jepun akhirnya berjaya dibawa pulang buat kali pertama oleh gandingan ini.

Menarik untuk diperkatakan adalah bagaimana Pearly dan Thinaah berjaya untuk mengawal situasi yang mula menyesakkan jiwa pada ketika pasangan tuan rumah, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, cuba mencipta jurang besar pada permulaan set pertama.

Situasi ini pastinya memenatkan gandingan ranking kedua dunia itu kerana turut disajikan dengan hidangan yang hampir sama oleh satu lagi gandingan Jepun di separuh akhir, jadi penulis merasakan kemampuan untuk bertahan sehingga perlawanan ini ditamatkan juga dalam straight set merupakan keputusan yang paling tepat di Kumamoto Prefectural Gymnasium.

Kejayaan ketiga musim ini selepas Terbuka Thailand dan Artik, melayakkan Pearly dan Thinaah menerima wang kemenangan berjumlah RM155,072.06 itu juga menambah rekod kemenangan ke atas Iwanaga-Nakanishi kepada tujuh dalam sembilan pertemuan.

Apa yang lebih menarik, pasangan yang menduduki senarai teratas ke Jelajah Dunia BWF itu terlebih dahulu menyamai rekod cemerlang beregu lelaki legenda, Razif dan Jailani Sidek dengan tujuh penampilan di pentas akhir pada 1989, rekod yang masih dipegang kemas 'our beloved' Datuk Wira Lee Chong Wei menerusi 11 aksi final sepanjang musim 2010.

Sebelum mencipta sejarah di Jepun, Pearly dan Thinaah pernah menggembirakan peminat badminton dengan muncul sebagai beregu wanita pertama negara yang menang dalam Terbuka Switzerland (2021) dan Terbuka Perancis (2022) serta mara ke final Kejohanan Dunia (2025) yang berlangsung di Paris, Perancis, sebelum membawa pulang pingat perak.

Terus terbang tinggi, Pearly dan Thinaah.

Advertisement

Must Watch Video