Kecemerlangan Lee Zii Jia dalam Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2023 terhenti di peringkat separuh akhir apabila tunduk kepada atlet dari China, Weng Hong Yang, sebentar tadi.
Pemain nombor 17 dunia itu bermula agresif untuk mendahului aksi pembukaan dengan 12-10, namun hasratnya tidak tertunai akibat kesilpan mudah berturut-turut buat lawan untuk kekalahan set pertama 19-21.
Set kedua memihak Zii Jia apabila dia mempamerkan pelbagai kebolehan dalam aspek bertahan untuk mematikan langkah lawan lebih awal untuk kemenangan 21-13.
Ujian sebenar pemain perseorangan profesional negara itu hadir dalam set penentuan yang menyaksikan motivasinya untuk meneruskan momentum terbaik mula dipatahkan Hong Yang ketika kedudukan 6-6 dan secara tidak langsung mencemaskan rentak Zii Jia apabila memberikan lapan mata mudah buat lawannya mendahului 14-6.
Gara-gara hilang tumpuan dan gaya permainan yang mudah dibaca lawan, Zi Jia akhirnya tewas 13-21 dan ini adalah kekalahan kali kedua kepada pencabar serupa dalam tiga pertemuan sejak 2022.
"Hong Yang bermain dengan baik pada hari ini.
"Tahap fizikal dan mentalnya tampak cukup bersedia.
"Saya akan buat persiapan untuk menghadapi kejohanannya.
"Memang lebih seronok untuk berada di atas gelanggang ketika berdepan pemain di ranking lebih rendah dan perlahan-lahan apabila mula memanjat ranking, saya sudah dapat membiasakan diri dengan tekanan. Ia satu cabaran buat kami semua.
"Kempen saya dalam kejohanan ini memang bagus tetapi daripada segi persembahan, saya belum dapat berpuas hati.
"Masih banyak yang perlu buat untuk kembalikan keyakinan. Ia satu satu proses dan memerlukan masa.
"Saya tiada pilihan melainkan perlu bersabar," katanya sesudah kejohanan ketiganya di bawah bimbingan Wong Tat Meng itu berakhir.