Bahang semakin terasa apabila skuad Piala Uber dan Thomas sudah memulakan kem pemantapan fasa akhir hari ini menjelang permulaan kempen bermula 20 Mei ini.
Ketika tumpuan terarah kepada skuad Piala Thomas yang diketuai Datuk Lee Chong Wei, skuad Piala Uber juga mengejar misi tersendiri untuk layak daripada peringkat kumpulan yang turut menampilkan Indonesia dan juara bertahan, China.
Perancangan awal adalah untuk memastikan kemenangan ke atas Perancis dan paling penting, Indonesia, bagi mencerahkan peluang mara ke suku akhir.
"Kualiti permainan masih boleh diperbaiki. Kehadiran gandingan baru mampu memberikan saingan kepada lawan nanti," kata pengurus skuad Piala Uber, Zambri Bahari.
Meskipun beban tekanan dipikul seluruh skuad, barisan perseorangan seperti Soniia Cheah dan Goh Jin Wei disandarkan harapan memperoleh mata apabila turun ke gelanggang.
"Soniia dan Jin Wei menampilkan peningkatan dalam permainan dan berharap mereka mampu beraksi cemerlang."