Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, percaya semangat juang rakan sepasukan akan terus meningkat menjelang aksi pembukaan kempen Piala Thomas 2018 menentang Russia, Isnin ini.
Tiada sebarang tekanan dirasai skuad Piala Thomas negara bagi edisi kali ini meskipun harapan tinggi tetap ada untuk menyaksikan trofi berkenaan mampu dibawa pulang ke tanah air.
Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum saingan membuka tirai, Zii Jia berasakan setiap pemain kini mempunyai keazaman serta semangat juang yang lebih tinggi untuk memastikan kejayaan berpihak kepada Malaysia.
Dia dijangka memainkan peranan selaku perseorangan kedua negara di belakang Datuk Lee Chong Wei dan pastinya tumpuan juga terarah kepada Zii Jia bagi meraih mata buat skuad negara.
"Setakat ini, semangat pasukan berada dalam keadaan yang baik. Kami masih belum menguji gelanggang kejohanan, ia akan diketahui esok," katanya.
Mengulas kemampuan Russia, Zii Jjia menyatakan bahawa setiap pasukan mempunyai kekuatan tersendiri dan perlu memastikan tiada kesilapan mudah dilakukan.
Kemenangan meyakinkan ke atas Russia serta Algeria perlu menjadi misi utama sebelum pertemuan menentang juara bertahan, Denmark, dalam aksi terakhir bakal menjadi penentu siapa juara Kumpulan D.
"Mungkin bagus buat kami untuk Russia. Peluang harus digunakan dan kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka."