Skip to main content

Badminton

Rosman: Setiap pemain ada perwatakan tersendiri

rosman17218.jpg
Perwatakan setiap pemain di samping meningkatkan kemampuan fizikal menjadi tumpuan buat jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, dalam persediaan anak didiknya
menghadapi cabaran Piala Uber di Bangkok, pertengahan bulan ini.


Ketiadaan Woon Khe Wei yang mengalami kecederaan pada awalnya sedikit meresahkan Rosman dalam membentuk gandingan terbaik di Bangkok.

Begitupun, selepas pengumuman skuad Piala Uber negara minggu lalu, Rosman percaya setiap pemain ada perwatakan sendiri yang dapat diserlahkan semasa pertandingan nanti.

Bahagian beregu wanita negara akan diterajui oleh Vivian Hoo-Goh Yea Ching, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean serta Soong Fie Cho-Tee Jing Yi.

"Pemilihan kali ini adalah berdasarkan perwatakan yang dimiliki setiap pemain-pemain serta mengikut strategi menghadapi Piala Uber nanti," kata Rosman.

Berdasarkan undian peringkat kumpulan, ternyata ia misi besar buat skuad uber negara andai ingin meneruskan kemaraan selepas berada sekumpulan dengan juara bertahan, China, Indonesia dan Perancis.

Andai ingin melakar kejutan, bahagian beregu perlu memainkan peranan bagi mendapatkan mata dan Rosman percaya pemainnya sudah sedia memikul tanggungjawab berkenaan.

"Kecuali Perancis, lawan kami adalah lebih baik berbanding Malaysia dan kami perlu memastikan aksi terbaik dalam saingan kali ini," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video