BADMINTON
Projek Ramadan: Perjuangan Hanapiah Mohamud tidak pernah luntur
"Saya pernah hampir putus asa…
"Dari seorang yang normal, saya terpaksa duduk di hospital selama setahun.
"Dalam tempoh itu, saya mula bermain badminton, tetapi sukan yang paling saya aktif adalah bola sepak dan badminton.
Iklan
"Namun, apabila kedua-dua kaki saya mengalami kekejangan, saya terpaksa melupakan bola sepak," kata Hanapiah Mohamud, pemenang perak Sukan Para ASEAN 2003.
"Dia banyak mengorbankan masa, ke sana ke sini, ke luar negara sambil membawa kerusi roda yang berat untuk peserta lain," kata Keluson Ismail, isteri Hanapiah Mohamud.
Hanapiah juga menitipkan pesan kepada mereka yang senasib dengannya agar tidak malu dan terus berjuang dalam bidang sukan.
"Dari normal ke orang kurang upaya, jangan malu, jangan segan untuk menyertai pelbagai sukan.
"Saya masih ingat, ketika mendengar berita kemenangan saya dalam sukan, saya menangis terharu, kerana itulah harapan saya.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YAKEB dan semua pihak termasuk UPNM yang banyak membantu.
"Terima kasih juga kerana sudi datang," katanya lagi Hanapiah Mohamud, pemenang perak Sukan Para ASEAN 2003.
Bagi Keluson, Hanapiah bukan sahaja seorang atlet, tetapi juga seorang suami dan ayah yang hebat.
"Dia adalah suami yang baik dan kuat semangat.
"Walaupun dalam keadaan begini, dia tetap berusaha membesarkan anak-anak sehingga mereka semua berjaya.
"Saya bangga dengan dia," katanya lagi Keluson Ismail, isteri Hanapiah Mohamud.
Sepanjang bulan Ramadan ini, jangan lupa saksikan bingkisan khas Projek Ramadan, dengan satu usaha murni dan hasil kerjasama Astro Arena dan YAKEB, komited dalam membantu memperjuangkan kebajikan bekas atlet yang memerlukan.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan episod terakhir yang bakal bersiaran Ahad ini!
Pejam celik, Projek Ramadan hampir melabuhkan tirai… tetapi anda masih boleh menonton kisah penuh di YouTube Astro Arena!
Must-Watch Video