Skip to main content

Bola Sepak

Air balang bekas pemain Harimau Malaya makin laris!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gopi

Jualan air balang bekas pemain kebangsaan, Mohammad Gopi Rizqi, terus mendapat permintaan tinggi selepas mula tular sejak tahun lalu.

Bekas pemain Johor Darul Ta'zim dan Selangor itu menceburi bidang perniagaan dengan menjual air balang sepanjang bulan Ramadan di Pontian, Johor.

Advertisement

Menerusi laman Facebook, dia berkongsikan: "Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Air Balang Gopi akan mula beroperasi di Kampung Api-Api. Parit 3. In sha Allah.

 

 

 

"Semoga Allah lindungi kami daripada segala hasad dengki dan niat tidak baik manusia, serta murahkan rezeki yang halal lagi diberkati." kongsinya.

Untuk rekod, ketika bersama Pahang selama tujuh musim, Gopi telah merangkul dua Piala Malaysia dan satu gelaran Piala FA. Selain mengumpul enam kaps sepanjang menyarung jersi Harimau Malaya bermula 2012 hingga 2015. 

 

Jom singgah Air Balang Gopi!

Must Watch Video