Skip to main content

Bola Sepak

Laman media sosial pemain warisan negara 'diserang' penyokong Persib Bandung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

da

Pemain warisan negara, Daniel Ting, menjadi mangsa komen negatif dan kurang sopan di media sosial selepas membantu pasukannnya, Ratchaburi menyingkirkan Persib Bandung dalam saingan pusingan 16, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), baru-baru ini.

Laman media sosial Instagram pemain kacukan England-Malaysia berusia 33 tahun itu menjadi medan segelintir penyokong pasukan lawan yang tidak berpuas hati meluahkan perasaan dengan meninggalkan komen berunsur makian dan bahasa kesat.

Advertisement

Dalam aksi itu menyaksikan Persib menang tipis 1-0 ke atas Ratchaburi, namun terpaksa akur tersingkir dengan agregat 1-3 yang berpihak kelab dari Thailand itu selepas menang 3-0 sebelum ini.

Malah, turut menyaksikan ketegangan berlaku di Stadium Gelora Bandung Lautan Api apabila penyokong turun membanjiri padang selepas tidak dapat menerima kekalahan itu.

 

 

 

Must Watch Video