Skip to main content

Bola Sepak

Tentu saja tidak benar -- Erick Thohir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mana

Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia (Menpora), Erick Thohir, menafikan dakwaan yang tular baru-baru ini di media sosial mengaitkan dirinya sebagai individu yang melakukan aduan kepada  Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung tujuh pemain warisan negara.

Dia yang juga merupakan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) itu menjelaskan bukan urusannya untuk 'campur tangan' urusan mengenai kemajuan negara lain.

Advertisement

"Tentu saja tidak benar. Saya rasa buat apa kita campur tangan kemajuan negara lain, sedangkan kita saling memerlukan.

"Jika bola sepak kita tidak meningkat, ya kita akan terus kalah kepada pasukan dari Eropah dan Amerika Latin." katanya seperti dipetik Media Indonesia.

Pada September tahun lalu, Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

 

 

 

 

Antara pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.  

Malah, sebelum ini Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John, juga pernah berkongsikan bahawa terdapat aduan daripada pihak Vietnam sendiri berhubung kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya itu selepas perlawanan Kumpulan F, Kelayakan Piala Dunia 2027 berdepan Vietnam pada 10 Jun 2025.

"Kami (AFC) dimaklumkan daripada FIFA sebab pertandingan itu adalah pertandingan AFC, Kelayakan Piala Asia 2027.

"Jadi kami dapat maklumat bahawa FIFA sedang meneliti ketujuh-tujuh pemain selepas sahaja perlawanan antara Malaysia menentang Vietnam.
Sebab ada protes daripada Vietnam." ujarnya.
 

Must Watch Video