Jepun mengakhiri penantian 37 tahun untuk menjuarai Piala Uber selepas menewaskan Thailand 3-0 di Impact Arena, Bangkok, sebentar tadi.
1981 adalah tahun terakhir Jepun meraih kejuaraan Piala Uber dan penantian yang begitu lama itu berakhir apabila mereka berjaya membawa pulang Piala Uber ke Negara Matahari Terbit itu dengan menundukkan Thailand dalam aksi final.
Di pentas akhir, Jepun meletakkan sandaran kepada pemain nombor dua, Akane Yamagughi, yang turun berdepan bintang sensasi Thailand yang pernah menduduki rangking pertama dunia, Ratchanok Intanon.
Aksi permulaan dalam set pertama berlangsung menarik dengan kedua-dua pemain mempamerkan aksi berkualiti dengan corak menyerang dan kawalan gelanggang yang begitu baik.
Walaupun berjaya mengimbangi permainan pada pertengahan permainan, Ratchanok mula ditekan dan tewas 21-15 dalam set pertama. Akane mula mempamerkan aksi meyakinkan dengan berjaya meninggalkan lawan agak jauh sebelum menamatkan permainan 21-19 untuk memberikan mata pertama kepada Jepun.
Mata kedua Jepun disumbang pasangan beregu pertama, Fuki Yukushima-Sayaka Hirota, yang menang mudah ke atas Jong Kol Phan Kititharakul dan Puttita Supajirakul dengan straight set 21-18, 21-12.
Edisi ke-27 Piala Uber mengesahkan kejuaraan milik Jepun untuk menamatkan penantian panjang mereka apabila perseorangan kedua mereka, Nozomi Okuhara, memberikan mata kemenangan dengan menewaskan Nitchaon Jindapol juga dengan straight set 21-12, 21-19 untuk kejuaraan ketujuh sepanjang penampilan Jepun dalam Piala Uber bermula tahun 1966.