Sering bertukar gandingan adalah cabaran paling besar selaku pemain beregu buat Tee Jing Yi yang menganggap saingan Piala Uber kali ini cukup memberikan pengalaman berguna buatnya.
Ini merupakan saingan Piala Uber pertama buat Jing Yi bagi acara beregu selepas hampir 10 tahun beraksi dalam acara perseorangan.
Semestinya, ia bukan mudah apabila kerap bertukar gandingan bergantung kepada kejohanan yang disertai dan kali ini dia digandingkan bersama Vivian Hoo untuk memenangi perlawanan berdepan beregu dari Perancis tempoh hari.
Justeru, jika diberi pilihan, Jing Yi berharap mampu dikekalkan bersama pasangan, Soong Fie Cho, yang dianggap kian serasi selepas setahun bergandingan.
"Mungkin jurulatih mahu cuba menggunakan gandingan berbeza-beza. Saya harap saya boleh buat yang terbaik dalam kejohanan akan datang. Saya harap keserasian saya dengan mana-mana pemain selepas ini semakin baik" kata Jing Yi.
Skuad wanita negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 hari ini dari Bangkok.
Mereka diberi rehat selama dua hari dan dijangka bakal menyertai satu kem motivasi minggu depan.
"Kami harap boleh buat lebih baik dalam latihan. Minggu depan, kami ada satu kem. Jadi, kami harap mental kami semakin kuat selepas ini," tambah Jing Yi.