Berbicara tentang skuad Piala Thomas negara, pemain veteran berusia 36 tahun, Datuk Lee Chong Wei, kekal sebagai individu yang mendukung mutu badminton Malaysia di pentas itu.
Bagaimanapun, Bangkok juga adalah permulaan kepada pengembaraan pemain berusia 20 tahun, Lee Zii Jia, untuk menjadi pengganti sang legenda.
Chong Wei kekal sebagai enigma yang menakjubkan selepas sekian lama memacu misi Malaysia.
Penampilan kelapannya dalam Piala Thomas ini tiada bezanya apabila menewaskan pemain yang lebih sedekad muda daripadanya, termasuk pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen.
Ketika seteru seperti Lin Dan sudah boleh memainkan peranan sebagai simpanan, Chong Wei menawarkan apa sahaja kudrat yang ada untuk merebut piala berprestij itu yang mungkin menjadi yang terakhir buat dirinya.
Bagaimana pula dengan pemain meningkat naik Malaysia seperti Zii Jia yang sudah meniti di bibir peminat sukan tanah air?
Dia menonjolkan kebolehan dan kelemahan, khususnya aksi luar biasa ketika menentang Denmark.
Kematangan yang perlu dicarinya pada waktu akan datang selepas kecundang dalam penentuan menentang Indonesia.
Tidak ketinggalan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin sebagai perseorangan ketiga yang perlu segera mencari haluan berikutan menjadi antara individu yang sudah melalui apa jua cabaran di sebalik cerita turun naik yang membabitkan siri kecederaan.
Iskandar adalah aset Malaysia dan pemain senior terakhir dalam ketiadaan Chong Wei.
Dalam diam, seorang lagi bakat muda mungkin sudah merasai prestij sebenar Piala Thomas.
Juara Remaja Asia dan naib juara Remaja Dunia 2017, Leong Jun Hao, pastinya menjadikan pertemuan tunggal menentang Algeria sebagai pengalaman berharga.
Siapa tahu, dua tahun lagi, dia dan Zii Jia berupaya menyuntik gerun lawan di sebalik lebih ramai lagi pemain yang turut dahagakan gemilang di Akademi Badminton Malaysia.
"Saya sebenarnya berpuas hati dengan bahagian perseorangan lelaki negara.
"Saya berpuas hati dengan penampilan Lee Zii Jia, Jun Hao dan Iskandar. Ini tonggak kita yang ada.
"Dari segi prestasi keseluruhan, seperti Zii Jia walaupun pendedahan pertama, dia telah menampilkan permainan yang baik dan matang.
"Tetapi dia tidak memiliki pengalaman luas untuk mencaturkan (permainan) lebih drastik lagi," kata jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek.