Pemain perseorangan profesional, Liew Daren, berpandangan barisan pelapis perseorangan muda negara perlu lebih cepat melonjak dalam meneruskan legasi badminton Malaysia di peringkat dunia.
Ia mencetuskan kerisauan kepada Daren yang merupakan pemain kedua negara selepas Lee Zii Jia untuk menggalas tanggungjawab besar dalam aksi lebih kompetitif.
Namun, jika Daren yang kini berusia 33 tahun itu menamatkan kariernya, Zii Jia bakal menjadi satu-satunya sandaran bagi acara perseorangan lelaki.
Dia mengakui sedang menempuh laluan sukar untuk memperbaiki ranking kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang kini berada di kedudukan ke-33 ekoran faktor kesihatannya.
"Pemain muda dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini tidak lagi banyak selepas penyingkiran dilakukan.
"Saya berharap mereka meningkat naik dan mampu menjadi pesaing kepada Lee Zii Jia dalam latihan, sekali gus menghasilkan keputusan di pentas antarabangsa. Saya tidak tahu berapa lama akan terus beraksi mewakili negara," katanya.
Sementara itu, perjalanan Daren dalam Kejohanan Masters Malaysia 2020 berakhir selepas tewas kepada pemain pilihan keenam, Jonatan Christie dari Indonesia, 21-10, 16-21, 21-15.
"Saya berasakan telah beraksi dengan baik, namun kecederaan menggugat persembahan saya."
Editor: Ammar Hakim