Skip to main content

Badminton

Paralimpik Paris 2024: Gandingan badminton para negara mahu pamer prestasi cemerlang dalam kemunculan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wh1.jpg
Gandingan beregu para lelaki kategori WH1-WH2 negara, Muhammad Ikhwan Ramli serta Noor Azwan Noorlan, ingin menjadikan debutnya di Sukan Paralimpik Paris 2024 sebagai pendedahan untuk senjata mengenal pasti kekuatan lawan.

Mereka ingin dikenali sebagai beregu bukan pilihan dan memilih status 'underdog' dengan meletakkan sasaran awal adalah layak ke separuh akhir.

"Saya berasa sedikit gementar kerana ini merupakan kali pertama saya bertanding dalam peringkat tertinggi sambil mempunyai impian tersendiri tatkala akan berjuang sehabis baik selain berharap kami tidak berjumpa pasangan dari China ketika pusingan kalah mati, " kata pemain kategori WH1, Ikhwan. 

"Tahun lalu, kami sudah mula mempersiapkan diri dengan menyertai beberapa siri kejohanan dan mengakui sedikit penat kerana tidak cukup rehat," kata pemain kategori WH2, Azwan.

Ketua jurulatih, Woon Sze Mei, juga enggan mengharapkan sebarang sasaran kepada gandingan tersebut malah, mahu mereka kekal fokus mendepani setiap perlawanan terlebih dahulu.

"Saya berharap mereka tidak terlalu meletakkan tekanan kepada diri masing-masing dan saya mahu mereka menikmati pengalaman di sana," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video