Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik lolos ke pusingan kedua

wooiyikaaaron.jpg
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya meraih slot ke pusingan kedua Kejohanan Masters Malaysia 2020 selepas menundukkan rakan senegara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong 21-19, 21-18 di Arena Axiata, sebentar tadi. 

Aaron dan Wooi Yik menganggap ia bukan perlawanan yang mudah meskipun berjaya menundukkan lawan dengan keputusan straight set. 

Pasangan muda itu bakal menghadapi laluan sukar dalam pusingan kedua apabila perlu berdepan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernandi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia. 

"Mereka adalah senior kami dan berlatih bersama-sama sebelum ini. Segalanya bergantung kepada persembahan pada hari perlawanan," kata Aaron.

"Kemenangan ini melonjakkan semangat kami dan akan berusaha untuk mengulangi aksi terbaik ketika bertemu wakil Indonesia pula," kata Wooi Yik.

Selain itu, kejayaan itu juga dapat membantu melebarkan kelebihan buat Aaron dan Wooi Yik, sekali gus merapatkan jurang kedudukan ranking Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

"Sebelum ini, kami telah meningkatkan lagi persiapan untuk menghadapi kelayakan Tokyo 2020. Tumpuan kami kini hanya terarah kepada mutu persembahan di atas gelanggang," tambah Aaron lagi.


Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video