Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, mengetuai cabaran kontinjen Malaysia di peringkat suku akhir Masters Malaysia di sebalik ancaman penyingkiran di tangan pilihan utama kejohanan itu.
Zii Jia bakal mencongak perhitungan dengan perseorangan China dan pilihan ketujuh kejohanan, Shi Yuqi, hari ini dan kedua-dua pemain itu pernah berentap dua kali sebelum ini dalam saingan berpasukan yang berkesudahan dengan kekecewaan buat pemain kelahiran Kedah itu.
Kelebihan di atas kertas tampak menjadi milik pemain berusia 21 tahun itu yang lebih cergas tatkala lawannya itu masih mencari rentak sebenar selepas siri kecederaan dalam musim 2019.
"Saya rasa sejak dia kembali Oktober lalu, mungkin dia tidak begitu konsisten. Namun, dia tampak sudah menemui sentuhan. Saya harap dapat keputusan yang baik," katanya.
Antara harapan daripada kem kebangsaan adalah beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang bakal berdepan pilihan nombor satu dari China.
Lima pertemuan dengan gandingan Huang Yaqiong-Zheng Siwei kesemuanya berakhir dengan kekalahan buat Shevon dan Soon Huat.
"Saya fikir kami beraksi dengan baik selepas menjalani persiapan yang sempurna sambil tidak memandang rendah keupayaan lawan," kata Shevon.
"Kami lebih suka beraksi dengan bulu tangkis yang keras," tambah Soon Huat.
Baki dua lagi wakil negara yang akan beraksi di peringkat suku akhir adalah dua pasangan profesional, iaitu beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, dan beregu lelaki Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.
Editor: Nafis Abdullah