Pemain persorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mahu membentuk permulaan yang baik bagi tahun 2020 dalam Kejohanan Masters Malaysia bagi membantu merealisasikan impiannya
berada dalam kedudukan 10 terbaik dunia.
Pemain berusia 22 tahun itu menggalas tugas berat dalam aksi pertama musim ini selepas diundi bertemu wakil Denmark, Anders Antonsen, yang juga merupakan pemain nombor empat dunia.
Sebelum ini, Zii Jia pernah tewas dua kali kepada Antonsen dalam Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia tahun lalu.
"Saya telah tewas dua kali kepada Antonsen sebelum ini. Kali ini beraksi di laman sendiri, saya berharap untuk melakukan kejutan, sekali gus melangkah ke peringkat seterusnya," kata Zii Jia.
"Ia merupakan perlawanan yang sukar. Zii Jia mampu menampilkan permainan yang berkualiti berdepan mana-mana lawan," kata Antonsen pula.
Sementara itu, Zii Jia menerima suntikan semangat selepas mengikat kontrak selama dua tahun sebagai duta 100Plus bersama bekas jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina itu turut meraih insentif wang tunai sebanyak RM10,000 selepas beraksi cemerlang dalam temasya dwitahunan tersebut.
"Terima kasih kepada BAM dan 100Plus kerana telah memilih saya untuk jadi duta. Dengan kerjasama ini, saya harap akan lebih fokus dalam latihan, sekali gus cipta kejutan baharu.
"Saya akan pastikan dalam kejohanan akan datang, saya akan lebih yakin untuk beraksi."
Editor: Ammar Hakim