Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Persiapan pemain negara terjejas?

badminton.jpg
Kem badminton negara bertungkus-lumus mempersiapkan diri menjelang Kejohanan Masters Malaysia, namun segalanya tidak seindah rupa apabila dibelenggu ketidaktentuan bakal dibuang atau tidak dalam mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), Jumaat ini.

Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan bakal melakukan rombakan pemain pada hujung tahun lalu berdasarkan kegagalan mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Walaupun jurang masa di antara mesyuarat 'pembuangan' pemain dan saingan Masters Malaysia begitu rapat, Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, menjelaskan tiada masa yang lebih sesuai untuk melakukannya.

"Saya tidak pasti bila waktu yang paling sesuai untuk menangani perkara ini kerana selepas tamat saingan Masters Malaysia, terdapat kejohanan lain lagi dan jadual yang padat perlu dihadapi setiap pemain," katanya.

BAM sebelum ini memperkenalkan Projek 24, iaitu pelan yang menyasarkan pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 selain menetapkan sasaran terhadap skuad negara mara ke final Piala Thomas.

Di bawah perancangan tersebut, antara perkara yang akan diberikan perhatian ialah penilaian prestasi pemain serta barisan kejurulatihan pada akhir tahun lalu dan tidak akan teragak-agak untuk menggugurkan pemain sekiranya tidak mencapai KPI.



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video