Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, tidak berselindung di sebalik aksi hambar ketika tersingkir dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata hari ini.
Sepanjang kejohanan edisi kali ini, mereka mempamerkan prestasi tekal ketika menentang lawan bukan pilihan dalam merintis laluan ke separuh akhir.
Bagaimanapun, keputusan sebaliknya terjadi dalam separuh akhir apabila Peng Soon-Liu Ying dipaksa mengejar bayang-bayang gandingan China, Wang Yi Lyu-Huang Dongping.
Rekod pertemuan terdahulu membuktikan seteru mereka itu mempunyai kelebihan besar ke atas gandingan negara berkenaan menerusi enam kemenangan berbanding dua.
Nasib itu terus membelenggu beregu di ranking keenam dunia tersebut apabila terkulai dalam set pertama 21-10.
Usaha untuk bangkit dalam set berikutnya tidak kesampaian susulan kekalahan 13-21 dan ini reaksi jujur daripada mereka.
"Aksi kami tidak tekal dengan membuat kesilapan mudah yang tidak sepatutnya.
"Kami perlu beraksi dengan lebih baik, mutu persembahan ketika ini masih tidak cukup baik," kata Peng Soon.
Tambah Liu Ying: "(Rekod pertemuan lalu) tidak bermain di dalam fikiran kami di atas gelanggang tetapi kami memang menyimpan hasrat untuk menang.
"Tidak sangka persembahan kami pada hari ini tidak bagus."
Editor: Shaiful Shamsudin