Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, menjelaskan kepentingan tahap kecergasan Goh Jin Wei menjadi keutamaan dalam jangka masa panjang berbanding mempunyai wakil perseorangan wanita dalam Kejohanan Masters Malaysia.
Jin Wei terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir menjelang Masters Malaysia yang akan bermula esok selepas dinilai tahap kecergasannya belum berada di tahap terbaik.
Pada awalnya, pemain berusia 20 tahun itu menjadi harapan perseorangan wanita negara dalam kejohanan tersebut bagi menggantikan Soniia Cheah yang tidak dapat beraksi ekoran kecederaan yang dialami.
BAM mahu memberi lebih masa kepada Jin Wei yang baru pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan usus Oktober tahun lalu.
"Jin Wei masih lagi berusaha untuk mendapatkan semula tahap kecergasan terbaiknya. Bagaimanapun, kami tetap akan berusaha untuk memberikan penyertaannya dalam kejohanan akan datang," kata Choong Hann.
Sementara itu, Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, turut memberi keutamaan kepada pemulihan Jin Wei terlebih dahulu selain menjelaskan mengapa pemain muda wanita negara, S. Kisona, tidak dapat diturunkan.
"Buat masa ini, kedudukan rangking Kisona masih lagi jauh ketinggalan. Kami akan berusaha untuk membantunya meningkatkan kedudukannya dan skuad negara akan memiliki barisan pemain perseorangan wanita yang lebih ramai untuk beraksi dalam kejohanan antarabangsa," kata Norza.
Editor: Ammar Hakim