Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Daren, Joo Ven atasi halangan pertama kelayakan

liew-daren.jpg
Perseorangan profesional negara, Liew Daren, selangkah untuk berada dalam undian utama Kejohanan Masters Malaysia 2020 selepas tenang menundukkan wakil India, Subhankar Dey, 21-15, 21-15 di Arena Axiata, hari ini.

Dia sedar saingan pembukaan tahun ini bakal menjadi platform bagi menentukan tahap kecergasannya selepas mengalami kecederaan dua minggu lalu. 

"Saya tidak jangkakan perlawanan yang mudah. Memang sebelum kejohanan ini, saya ada sedikit kecederaan, pinggang ada masalah, jadi memang tak jangka menang mudah," katanya.

Seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara, Song Joo Ven, terpaksa beraksi dalam set penentuan sebelum menang ke atas wakil Hong Kong, Vincent Wong Wing Ki, 21-8, 17-21, 21-15, sekali gus mara ke pusingan kedua dalam merebut tempat ke undian utama. 

"Aksi hari ini agak mencabar, lawan memiliki kelebihan dalam set kedua. Namun, saya gembira akhirnya meraih kemenangan," ujar Joo Ven.

Sementara itu, wakil beregu campuran negara, Low Hang Yee-Lim Chiew Sien, turut cemerlang setelah menewaskan wakil Thailand yang menduduki ranking ke-53 dunia, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, 21-17, 21-16.




Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video