Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Beregu lelaki negara dakwa umpire berat sebelah, BAM bakal hantar protes kepada BWF

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bam.jpg
Kekalahan juara remaja dunia, Aaron Tai-Kang Khai Xin, kepada wakil Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, diselubungi dengan kekecewaan terhadap prestasi umpire yang didakwa berat sebelah dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Axiata Arena.

Tidak dinafikan, gandingan beregu lelaki negara itu cukup membanggakan selepas menampilkan persembahan memukau untuk bangkit, namun terpaksa akur tunduk kepada pilihan ketujuh kejohanan itu.

Di sebalik aksi tumpuan itu, peristiwa hangat berlaku apabila keputusan kontroversi pengadil umpire yang mendakwa bulu tangkis terkena telinga Aaron sebelum keluar gelanggang, sekali gus menghadiahkan mata kepada lawan.

Ketegangan terus berlaku dengan jurulatih negara, Herry Iman Pierngadi, mendekati umpire tersebut dengan meluahkan ketidakpuashatian sehingga permainan tergendala selama tiga minit. 

 

Ekoran daripada insiden itu, nyata ia telah merencatkan aksi wakil negara untuk meneruskan perlawanan peringkat 16 itu.

"Saya tidak tahu nak cakap apa. Saya tiada kata-kata. 

"Rasanya sangat tidak adil. 

"Mereka berkata ia menyentuh telinga saya sedangkan ia tidak,"

"Ia pasti menjejaskan kami, bukan hanya sekali, tetapi tiga, empat, mungkin lima kali. 

"Ia mengganggu kami semasa perlawanan," kata mereka.

Ketika ditanya kepada Naga Api, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku, malah permainan perlu berlangsung secara adil. 

Dia akan berjumpa pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk berbincang mengenai tindak seterusnya yang wajar diambil.

 

"Kami boleh menerima kekalahan, tetapi bukan dengan cara seperti ini.

"Saya akan meminta BAM membuat satu protes kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) terhadap kesilapan umpire ini dan mahu kualiti pengadil ditingkatkan pada masa hadapan," katanya kepada media tempatan.

Advertisement

Must Watch Video