Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Masters Malaysia: Aksi luar biasa Zii Jia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-zii-jia.jpg
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, menghadirkan ceria di Arena Axiata, Bukit Jalil apabila bakal mengetuai skuad negara di peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia esok. 

Pemain di ranking ke-14 dunia itu membuktikan kewibawaannya dalam aksi suku akhir hari ini meskipun tewas 12-21 kepada jaguh dari China, Shi Yuqi, dalam set pertama.

Bagaimanapun, dia membuktikan keupayaannya untuk menangani tekanan menerusi kebangkitan 21-16 dalam set kedua sebelum memastikan kemaraan dengan kemenangan 21-19 dalam set penentuan.

"Ini satu permainan yang luar biasa, sudah lama saya tidak bermain seperti ini.

"Shi Yuqi seorang pemain yang berpengalaman dan memberi kesukaran kepada saya. 

"Saya agak terkial-kial dalam set pertama tetapi bernasib baik mula mengikuti kepantasan permainannya," katanya. 

Zii Jia kemudian memimpin set penentuan di kedudukan 18-16 tetapi membenarkan lawannya untuk mengimbangi kedudukan 18-18. 

Namun, ketenangan yang ditonjolkannya itu memberikannya kemenangan mutlak untuk menempah pertemuan dengan juara dunia dari Jepun, Kento Momota, dalam separuh akhir. 

"Ketika mendahului 19-18, saya berasa agak gemuruh. 

"Tetapi saya berkata kepada diri sendiri bahawa saya bersedia menerima kekalahan kerana sudah mempamerkan aksi luar biasa. 

"Saya teruskan sahaja perjuangan dan pukulan terakhir itu dianggap sebagai mata bertuah."


Editor: Shaiful Shamsudin

Advertisement

Must Watch Video