Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar aduan rasmi kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung beberapa keputusan pengadil ketika mengendalikan perlawanan beregu lelaki di antara pemain negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing, dan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, dari Denmark dalam Masters Malaysia 2025.
Tiga keputusan pengadil lebih-lebih lagi ketika detik kritikal dipercayai telah mendorong kekalahan 10-21, 26-24, 16-21 serta keadilan dalam pertarungan di Axiata Arena, Bukit Jalil, itu kelmarin hingga mendorong BAM untuk menghantar bukti video dan dokumentasi perlawanan secara terperinci kepada BWF.
Menurut Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan badan induk itu: "Walaupun kami tetap menghormati peranan dan kepentingan pegawai teknikal, adalah mustahak bagi BWF menjalankan semakan menyeluruh terhadap piawaian perasmian.
"Kesaksamaan dan integriti harus dipertahankan dalam setiap perlawanan.
"Keputusan yang dibuat oleh pengadil, pada pandangan kami, jelas tersilap dan menafikan pemain kami untuk mendapat peluang adil.
"Pengadilan seperti itu bukan sahaja menjejaskan keputusan permainan termasuk sukan badminton."
Lantaran itu, BAM menyeru BWF agar bertindak pantas dan telus dalam menangani perkara ini bagi mencegah kejadian serupa dalam pertandingan akan datang.