Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Malaysia jamin Momota terima rawatan terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

momota.jpg
Kerajaan Malaysia memberi jaminan bantuan kelas pertama buat pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Kento Momota, yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Kuala Lumpur.

Momota terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah van yang dinaiki mereka sewaktu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Bagaimanapun, dia dan tiga lagi mangsa yang merupakan penumpang van tersebut mendapat rawatan segera di Hospital Putrajaya.

Pemandu van itu, B. Nageswarau, terbunuh dalam nahas itu.

Perkembangan terkini menyaksikan mereka yang terselamat dipindahkan ke wad eksekutif untuk pemantauan lanjut.

"Setakat ini, keempat-empat mangsa di hospital berada dalam keadaan baik, mereka stabil. Kami akan pastikan mereka menerima rawatan terbaik sambil memantau dari semasa ke semasa," kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.




Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video