Pasukan Lee Zii Jia (LZJ) mengesahkan perseorangan profesional negara itu akan terlepas daripada menyertai tiga kejohanan pada bulan ini susulan perlu menjalani proses pemulihan daripada kecederaannya.
Antaranya adalah kejohanan Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Terbuka HYLO susulan pemain di ranking ke-43 dunia itu bergelut dengan masalah kecederaan dan memerlukan tempoh rehabilitasi sebelum kembali beraksi.
"Lee Zii Jia telah dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk menjalani program rehabilitasi lanjutan susulan kecederaan di bahagian belakang.
"Oleh itu, dia akan terlepas daripada penyertaan kejohanan Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Terbuka HYLO pada bulan Oktober ini.
"2025 adalah musim yang mencabar buat Zii Jia, namun keazamannya untuk mengatasi cabaran dan sokongan daripada penyokong dan penaja menjadi kekuatan dan motivasi yang besar." katanya dalam satu kenyataan semalam.
Dalam penyertaan Zii Jia di Masters China baru-baru ini menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu terpaksa menarik diri dalam pusingan awal kepada lawan dari Taiwan, Lin Chun Yi, selepas mengalami kecederaan.
Cuba Multivitamin Ini

?Menurut team LZJ, dia akan terlepas beraksi di Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Hylo Open pada bulan Okt ini.?
— Faizal Bazari (@faizalbazario) October 1, 2025
Fast recovery LZJ??@ASTROARENA pic.twitter.com/qIZW3luJxv
"Lee Zii Jia telah dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk menjalani program rehabilitasi lanjutan susulan kecederaan di bahagian belakang.
"Oleh itu, dia akan terlepas daripada penyertaan kejohanan Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Terbuka HYLO pada bulan Oktober ini.
"2025 adalah musim yang mencabar buat Zii Jia, namun keazamannya untuk mengatasi cabaran dan sokongan daripada penyokong dan penaja menjadi kekuatan dan motivasi yang besar." katanya dalam satu kenyataan semalam.
Dalam penyertaan Zii Jia di Masters China baru-baru ini menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu terpaksa menarik diri dalam pusingan awal kepada lawan dari Taiwan, Lin Chun Yi, selepas mengalami kecederaan.

Pulih Dengan Cepat
Multivitamin dari Blackmores ini boleh membantu badan anda untuk kembali pulih dan bertenaga.
Cuba Multivitamin Ini