Pemenang pingat gangsa acara perseorangan lelaki Kejohanan Badmnton Asia 2013, Chong Wei Feng, tidak bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak bahawa jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, memerlukan bantuan pakar psikologi.
Baginya, biarpun pemain kelahiran Alor Setar itu berdepan dengan episod kecederaan berterusan, ia bukanlah satu indikasi untuk dia perlu menerima bantuan psikologi.
"Saya rasa tidak juga kerana sewaktu saya bermain dahulu, kami sememangnya perlu mencari sendiri jalan untuk menyelesaikan setiap masalah" katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Saya dapat lihat dia ada pergi percutian solo, jadi saya rasa ia merupakan satu proses untuknya."