Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) memeterai perjanjian selama dua tahun bersama Persatuan Badminton Guangdong, China bermula November 2023.
Usaha tersebut bertujuan untuk menjadikan pemain lebih progresif dengan adanya pertukaran tempat latihan, tenaga pengajar dan suasana berbeza.
Presiden KLBA, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata MoU dua tahun bersama Presiden Guangdong BA Deng Zaoqiang sempena kejohanan KL Masters itu merangkumi pelbagai aspek, termasuk pertukaran pemain untuk latihan bersama dan aspek teknikal.
Beliau berharap menerusi kerjasama dengan Guangdong, yang pernah melahirkan pemain seperti juara Olimpik beregu lelaki dua kali Fu Hai Feng dan empat kali juara dunia beregu wanita Chen Qing Chen, akan dapat meningkatkan kualiti badminton bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi juga di seluruh negara.
"Walaupun pemain kita secara amnya mempunyai skil dan fizikal yang baik, namum kita sering mendengar mereka kekurangan kekuatan mental. Itu yang kita harap dapat belajar dari China.
"Ikut pelan awal, yang paling awal kita rancang pergi ke sana Februari atau Mac depan. Kami juga akan melihat kepada keupayaan kewangan kami untuk melihat berapa pemain yang kita dapat hantar," katanya.