Skip to main content

Badminton

Kisona dipersiapkan hadapi cabaran lebih tinggi

s-kisona.jpg
Perseorangan badminton wanita negara, S. Kisona, kini dalam perancangan terbaik Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelang pembentangan pelan 2020 kepada Majlis Sukan Negara (MSN), Jumaat depan. 

Dengan menghuni ranking ke-106 dunia ketika ini, ia membawa maksud adalah mustahil untuk dia berada di pentas terbaik bagi membantu skuad negara.

Disebabkan itu, Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, sudah merangka pelan untuk memperbanyakkan lagi penyertaan pemain muda itu dalam kejohanan antarabangsa bagi memperbaiki ranking peribadinya.

"Tahun ini kami telah membuat pelarasan berhubung jadual penyertaan kejohanan antarabangsanya sebagai pendedahan dan cabaran yang setimpal dengan peningkatannya. 

"Kami harap dia terus tekal tingkatkan prestasi," katanya. 

Tegas Choong Hann, perancangan BAM untuk tahun 2020 turut menekankan pendekatan buat pemain berumur 21 tahun itu bagi menjamin persediaan fizikalnya di pentas lebih tinggi.

Kisona mempamerkan aksi cemerlang dalam Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember lalu, sekali gus mencetuskan harapan baru untuk melihat peningkatan pemain itu di pentas tertinggi.



Editor: Shaiful Shamsudin 

Advertisement

Must Watch Video