Kredibiliti bekas pemain badminton beregu lelaki negara, Lee Wan Wah, ditagih pasukan badminton para Hong Kong ketika mereka bertandang selama dua minggu di Kuala Lumpur sebagai persediaan menghadapi kelayakan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Wan Wah akan bersama Persatuan Badminton Jepun (NBA) sebagai jurulatih skuad remaja berkuat kuasa 1 April depan.
Menjelang tarikh itu, dia akan meluangkan masa untuk menurunkan ilmu kepada barisan pemain badminton para Hong Kong yang sedang dalam perangkaan untuk menghadapi kelayakan Sukan Paralimpik Tokyo dan Kejohanan Badminton Para Dunia.
Ia merupakan kali kedua skuad badminton para Hong Kong hadir ke tanah air selepas melakukan perkara sama Julai tahun lalu.
Dengan mengadakan latihan intensif di bawah kendalian Wan Wah, mereka berjaya meraih satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa dalam Sukan Para Asia Indonesia, Oktober lalu.
"Apabila kami ke tempat asing, mereka akan lebih terbuka untuk mendengar pandangan kami memandangkan ia sesuatu yang baru bagi mereka.
"Disebabkan itu, saya berasakan ia merupakan salah satu penyebab mengapa jurulatih dari Malaysia lebih berjaya di luar.
"Dengan perkara yang baru itu, ia memberikan lebih pengalaman dan pilihan buat pemain untuk merancang cara permainan mereka," kata Wan Wah.
Tambah menarik, seorang jurulatih badminton para Hong Kong merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan, Liew Nam Min.
Nam Min sudah menetap selama 10 tahun di Kowloon, Hong Kong, namun baru sahaja dilantik jurulatih skuad itu tahun lalu.
"Wan Wah memberikan inspirasi sejak kali pertama kami bertemunya.
"Dia merupakan bekas pemain bertaraf dunia dan mempunyai pandangan berbeza berbanding kami. Dia boleh nampak apa yang kami tak nampak, itu perbezaannya.
"Kami menyasarkan untuk melayakkan tiga pemain ke Sukan Paralimpik tahun ini.
"Kami mempunyai beberapa pemain berkaliber untuk membawa cabaran itu nanti," kata Nam Min.