Ketua jurulatih skuad beregu campuran negara, Nova Widianto, berharap salah satu daripada wakil negara dalam sektor itu akan bergelar juara dalam Kejohanan Dunia BWF di Paris bermula 25 Ogos ini.
Baginya, gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kini dalam misi menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik dunia dan berbekalkan keserasian dan komunikasi yang mantap, tidak mustahil untuk mereka bergelar juara.
"Masalah komunikasi mereka sekarang sudah pulih," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Cuma saya mahu mereka kini menunjukkan perwatakan yang lebih stabil kerana adakalanya mereka naik-turun, jadi saya harap mereka dapat mengatasi apa jua masalah sepanjang dalam Kejohanan dunia.
"Mudah-mudahan beregu campuran ada tuah dalam Kejohanan Dunia kerana kita belum dapat pingat dalam kejohanan ini."
Nova turut menekankan aspek kekuatan mental, khususnya buat pasangan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, yang berdepan cabaran mengekalkan prestasi selepas menembusi kelompok 15 terbaik dunia.
"Mereka sudah sampai ke tahap itu, tidak mungkin ia satu kebetulan. Mereka juga sudah mengalahkan beregu terbaik dunia, jadi ia sudah terbukti.
"Dahulu mereka tidak takut kalah, jadi dapat bermain secara maksimum.
"Kini mereka ada perasaan takut kalah, jadi permainan mereka tidak maksimum. Kami selalu mengingatkan mereka tentang perkara itu," katanya lagi.