Skip to main content

Badminton

Jin Wei kembali ke gelanggang lebih awal

jin-wei.jpg
Perseorangan wanita sensasi negara, Goh Jin Wei, mencetuskan kejutan apabila bakal kembali ke pentas kompetitif menerusi Kejohanan Masters Malaysia, kurang tiga bulan selepas menjalani pembedahan usus.

Oktober lalu menyaksikan dia terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan 1.5 meter daripada usus besarnya bagi mengatasi penyakit yang berpunca daripada sembelit kronik.

Dia dijangka berehat panjang meskipun memulakan latihan sebulan kemudian.

Bagaimanapun, Jin Wei sudah menerima lampu hijau daripada pakar perubatan untuk beraksi dalam saingan Masters Malaysia menggantikan pemain nombor satu kebangsaan, Soniia Cheah, yang mengalami kecederaan di saat-saat akhir.

"Saya tidak rasa dia terlalu terbeban. Buat masa ini, saya mahu dia dapatkan sentuhan semula, bagaimana untuk sesuaikan diri dengan tekanan dan nikmati permainan. Bukan untuk menang.

"Saya hanya mahu dia rasa, mungkin situasi berbeza dengan waktu dulu. Dalam masa sama, saya boleh lihat kekurangan dia. Mungkin dia dapat belajar lebih banyak," kata ketua jurulatih perseorangan wanita, Datuk Tey Seu Bock.



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video