Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, menerusi aksi rubber set 21-13,17-21,18-21, dalam saingan Kumpulan A Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF 2024 di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Pearly Tan-M.Thinaah beraksi dengan lebih kemas dalam set pertama selepas meninggalkan wakil Jepun di kedudukan keempat dunia itu dengan dengan jurang enam mata untuk mendahului 10-4.
Ketika Matsuyama-Shida cuba untuk mengejar, wakil negara memastikan set pertama menjadi milik mereka dengan kemenangan 21-13.
Begitupun, set kedua berlangsung dengan lebih sengit denngan masing-masing saling berkejaran mata, ketika kedudukan terikat 15-15, wakilo dari Jepun itu terlebih dahulu menamatkan aksi dengan kemenangan 21-17 untuk mengheret wakil negara ke set penentuan.
Pearly-Thinaah yang di kedudukan keenam dunia ketinggalan dalam awal set penentuan tetapi berjaya bangkit menyamakan kedudukan kembali untuk mengikat pasukan lawan 14-14.
Faktor keletihan menghalang wakil negara untuk mempamerkan aksi yang lebih tajam sekali gus memberikan kelebihan buat pasukan lawan menoktahkan perlawanan dengan kemenangan 21-18 dalam tempoh 1 jam 14 minit secara keseluruhannya.

We are ready for #Hangzhou2024! ?
— BWF (@bwfmedia) December 10, 2024
Here's the Day 1️⃣ Order of Play for Session 1️⃣.
Follow all the action via:
? ? https://t.co/TRj8qsMPDm
? ? https://t.co/NEEj14hRu8
? ? https://t.co/PnmcqR3W5u
? ? https://t.co/725DgJ0Q1o#BWFWorldTourFinals pic.twitter.com/zILhea3dIB