Skip to main content

Badminton

Rival terhebat, Momota kenang pertarungan dengan Axelsen

Momota

Viktor Axelsen menutup tirai karier gemilangnya sebagai antara pemain badminton terbaik dunia, dengan pencapaian luar biasa termasuk dua pingat emas Sukan Olimpik dan gelaran juara dunia.

Dikenali dengan permainan agresif serta dominasi fizikal, Axelsen telah mencipta legasi besar di pentas antarabangsa.

Advertisement

Sepanjang kariernya, Kento Momota muncul sebagai lawan paling sukar buatnya. Rekod pertemuan jelas memihak kepada pemain Jepun itu dengan 14 kemenangan berbanding empat milik Axelsen.

Gaya permainan Momota yang konsisten, bertahan rapi dan mengawal rali sering mengganggu rentak Axelsen.

Sebagai tanda penghormatan, Momota menyifatkan Axelsen bukan sekadar pencabar tetapi juga inspirasi.

Katanya; “Saya bangga dilahirkan dalam generasi yang sama dengan anda. Perlawanan menentang anda sangat mencabar, tetapi intensiti itu menjadikannya menyeronokkan.”

“Anda bukan sahaja rival, tetapi juga contoh teladan kepada saya. Terima kasih untuk semua perlawanan hebat.”

Penghormatan ini membuktikan bahawa di sebalik persaingan sengit, kedua-dua pemain berkongsi rasa hormat tinggi, sekali gus mengangkat nilai sebenar sukan badminton.

Must Watch Video