Dalam usaha meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik pada edisi 2020 di Tokyo, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan bekerjasama dengan Wilayah Ehime di Jepun bagi mencapai sasaran tersebut.
Menerusi kerjasama tersebut dengan menjadikan barat laut Pulau Shikoku itu sebagai kem latihan BAM di Jepun, pemain senior dan remaja Malaysia akan menjalani latihan di Ehime dua kali setahun bermula bulan depan.
Malah, menjelang Sukan Olimpik 2020, pemain elit negara dijangka mengadakan kem latihan akhir di Kompleks Sukan Wilayah Ehime.
Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, berkata Wilayah Ehime dipilih daripada sejumlah 47 wilayah di Jepun kerana kawasan itu dilengkapi pelbagai kemudahan sukan, sains sukan, fasiliti penginapan dan peralatan sesuai bagi pemain badminton Malaysia.
“Kami perlu mengenal pasti tempat latihan bagi pemain kita di Jepun sebelum Sukan Olimpik. Ketika saya pergi ke sana pada Disember lepas, saya kagum dengan tempat itu. BAM juga melawat beberapa wilayah di Jepun tetapi kami mendapati Ehime tempat paling sesuai dan akan mempertimbang untuk memperluaskan kerjasama ini selepas Sukan Olimpik.
“Kami akan menghantar skuad beregu wanita dan beregu campuran tidak lama lagi. Kami juga merancang mengadakan program pertukaran pemain remaja kerana pemain kita berumur 13 hingga 18 tahun boleh diserap dalam sistem persekolahan di sana dan mereka boleh bersama-sama belajar cara hidup masyarakat Jepun yang penuh dengan budaya positif,” katanya.
Norza berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ehime, diwakili Gabenornya yang juga merupakan Presiden Persatuan Badminton Ehime, Nakamura Tokihiro, di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, hari ini.
Mengulas mengenai peluang memenangi pingat emas Olimpik pertama negara, Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), berkata BAM akan berusaha keras untuk mencapai impian rakyat Malaysia itu.
“Kita tahu rakyat Malaysia sangat mengharapkan pingat emas pertama itu, kita akan melakukan persediaan yang perlu. Namun, paling penting sekarang adalah untuk mendapatkan jumlah maksimum pemain yang layak dalam lima acara tersebut.
“Maksimum dua wakil boleh melayakkan diri dalam setiap acara bagi sesebuah negara, jadi apabila pusingan kelayakan bermula Mei tahun depan sehingga April 2020, kita mesti layak terlebih dahulu beraksi dalam Sukan Olimpik."
Turut hadir dalam majlis MoU itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.