Pemenang gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Barcelona 1992, Datuk Razif Sidek, menegaskan 'markah' Persatuan Badminton Malaysia akan berkurang sekiranya kehilangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah.
Pandangan itu timbul selepas kontrak gandingan beregu wanita utama itu masih tiada kata putus mengenai hala tuju mereka, dan perkara itu hanya akan diketahui selepas Kejohanan Terbuka Thailand nanti.
"Dia seperti tanpa mereka ini 'markah' BAM akan turun, dahulu mungkin mereka ada beregu lelaki dan wanita dan itu adalah aspek yang boleh dijual kepada penaja." katanya.
Mengulas mengenai isu gaji pemain yang mungkin akan didedahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada masa hadapan, dia berasa tidak bersetuju dengan cadangan itu sambil menyifatkan perkara itu adalah hak privasi individu.
"Saya rasa sebagai persatuan jangan bersusah untuk mendedahkan semua, mereka bukan pemain profesional yang bekerja untuk BAM. Biarkan sulit lebih baik daripada dedahkan, ia akan menganggu sedikit sebanyak reputasi mereka dan nanti banyak penyokong akan bercakap." tambahnya.