Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seperti dalam keadaan terdesak mencari gandingan beregu lelaki terbaik negara untuk dibawa ke saingan Piala Thomas sehingga menyaksikan pemain beregu campuran, Chan Peng Soon, kembali membuat penampilan sebagai beregu lelaki selepas empat tahun.
Sesuatu yang mengejutkan apabila Peng Soon bukan sahaja akan beraksi dalam acara beregu campuran, malah turut beraksi dalam acara beregu lelaki dalam Terbuka New Zealand bersama pemain muda, Chen Tang Jie, yang juga daripada skuad beregu campuran.
Peng Soon bukanlah asing dalam acara itu kerana dia bermula sebagai beregu lelaki bergandingan dengan Lim Khim Wah pada 2009 sebelum ditukar ke skuad beregu campuran.
Dengan Khim Wah kini kembali semula ke pangkuan BAM, Peng Soon berkemungkinan akan kembali ke skuad beregu lelaki bagi melengkapkan senarai akhir pemain negara ke Piala Thomas di Bangkok, 20 Mei ini.
"Saya tidak boleh memberi jawapan bagi soalan ini kerana ia bukan sekadar turun beraksi. Setiap pemain perlu beraksi bersama dan berpasangan dengan baik untuk mengetahui yang mana sesuai," kata ketua jurulatih skuad beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit.
Untuk rekod, Peng Soon pernah membarisi skuad negara ketika saingan Piala Thomas di New Delhi 2014 dalam acara beregu lelaki.
BAM dijangka akan mengumumkan secara serentak senarai akhir pemain yang akan ke Piala Thomas dan Uber ketika mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihannya, Khamis ini .
"Ketika ini, segala pilihan masih terbuka. Dalam beberapa hari selepas pemain-pemain pulang daripada Kejohanan Asia, kami akan mencuba beberapa kombinasi untuk memperkuatkan pasukan," tambahnya.