Akademi Badminton Airasia menyasarkan untuk terus meluaskan lagi peranan dalam membantu melahirkan lebih ramai bakat untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.
Sejak penubuhannya pada 2012, Akademi Badminton AirAsia telah melatih hampir 300 pemain.
Malah, mereka juga mendapatkan khidmat bekas jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek, sebagai ketua jurulatih.
Antara pemain yang bernaung di bawah akademi berkenaan ketika ini ialah Arif Latiff, Liew Daren dan Chong Wei Feng.
Paling mendapat tumpuan, sudah pasti Daren yang melayakkan diri untuk beraksi dalam Kejohanan Dunia di Nanjing, China, bermula Isnin ini.
"(Saya tidak berada di bawah sebarang tekanan kerana) saya kini bukan lagi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memandangkan saya akan mewakili Akademi Badminton AirAsia.
"Jadi, saya akan fokus kepada diri sendiri.
"Lagipun, saya sudah berpengalaman dalam Kejohanan Dunia, mudah-mudahan saya dapat beraksi lebih baik dalam penyertaan kali ini.
"(Saya tidak berasa keseorangan) cuma mungkin berasa agak janggal kerana hanya saya seorang dalam acara perseorangan.
"Apapun, masih ada ramai lagi pemain BAM yang akan menyertai Kejohanan Dunia," katanya ketika ditemui dalam majlis memeterai kerjasama di antara Akademi Badminton AirAsia dan pengendali aplikasi pesanan sosial, Yippi, di Petaling Jaya, hari ini.
Dalam perkembangan lain, presiden akademi, Jason Lim, menjelaskan pihaknya sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan akademi di pelbagai lokasi berikutan kini mempunyai tiga pusat latihan, iaitu di Perlis dan dua lagi di Lembah Klang di samping mengikat muka baru dalam masa terdekat.