Skip to main content

Badminton

'Aaron Chia-Wooi Yik di Terbuka Jepun 'kurang api' tapi...'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia.jpg
Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, berasakan peningkatan yang positif dipamerkan beregu lelaki nombor satu negara, negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam Terbuka China berbanding ketika di Jepun.

Herry Iman yang turut dikenali dengan panggilan Naga Api itu berkongsikan corak permainan yang perlahan menjadi factor mereka tersungkur seawall pusingan pertama dalam kempen Terbuka Jepun.

Namun, momentu tinggi yang dipamerkan wakil Indonesia iaitu Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri merencatkan gelaran sulung Super 1000 wakil negara di Changzhou, China.


 


"Menurut saya penampilan minggu lalu di Terbuka Jepun kurang baik dan bagus, kalah dalam pusingan pertama kepada rakan senegara. Grafik mereka kurang bagus dengan corak perlahan.

"Dalam bahasa saya seperti 'kurang api', kurang memberikan saingan dan terlalu perlahan.

"Tetapi di minggu kedua dalam Terbuka China, menurut saya cukup baik tetapi selepas di separuh akhir dan final yang kalah. Menurut saya wakil Indonesia bermain baik di bahagian depan. Mereka cukup baik beraksi di Terbuka China kali ini." katanya.

Advertisement

Must Watch Video