Sewaktu dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018 serta memegang rekod pemain termuda meraih anugerah itu, banyak pihak mula berfikir adakah Safawi Rasid mampu mengekalkan kecemerlangan bagi musim 2019.
Keraguan itu terpadam apabila pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul pemain tempatan dengan kutipan jaringan terbanyak saingan Liga Super musim ini berbekalkan lapan gol.
Malah, walaupun dibayangi kehebatan tonggak import Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti Diogo Santo, Gonzalo Cabrera dan Leandro Velazquez, Safawi tetap muncul watak utama dalam memacu skuad Harimau Selatan itu menjulang tiga trofi bagi tahun 2019.
Persembahan cemerlang dalam Liga Super dan Piala Malaysia juga membolehkannya mempertahankan gelaran MVP sambil turut memenangi Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Popular.

Bagaimana dengan prestasi di peringkat antarabangsa?
Ia tidak seindah seperti di peringkat domestik buat pemain dengan ketinggian 1.73 meter itu apabila dia mengalami kemarau jaringan selama empat bulan tatkala kali terakhir dia menghasilkan gol buat skuad negara ialah ketika membenam Timor Leste 7-1, Jun lalu.
Penantian gol itu berakhir apabila jaringan tunggalnya membolehkan Malaysia mengatasi Tajikistan 1-0 dalam satu aksi persahabatan, 9 November lalu.
Mula menemui rentak sebenar di bawah kendalian Tan Cheng Hoe bersama Harimau Malaya, kecemerlangan itu diteruskan apabila gerakan yang dimulakan oleh pemain berusia 22 tahun itu membolehkan Brendan Gan membuka ruang buat Mohamadou Sumareh menjaringkan gol kemenangan dalam pertemuan menentang Thailand, Khamis lalu.
Klimaks buat Safawi di pentas antarabangsa, dia mencapai kemuncak prestasi dalam pertemuan setempat Nusantara berdepan Indonesia di Bukit Jalil, sebentar tadi apabila dua jaringannya membolehkan Malaysia kini menduduki tangga kedua Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 202/Piala Asia 2023.

Jika bukan kerana percubaannya terkena tiang gol ketika aksi di Bukit Jalil berbaki lima minit, malam Safawi pasti lebih lengkap dengan catatan hatrik tetapi apa yang ditampilkan sudah cukup untuk membolehkannya dinamakan selaku Pemain Terbaik Perlawanan.
Bukan mahu melambungkan pujian menggunung buat seorang pemain tetapi apa yang ditampilkan Safawi di depan lebih 80,000 penyokong Harimau Malaya itu jelas membuktikan kewibawaan anak Dungun itu serta mengukuhkan statusnya selaku pemain paling bernilai dimiliki Malaysia ketika ini.
Kredit foto: FAM