Skip to main content

Rencana

Why Can't We Be Friends?

180516sumberfacebook.jpg
Why can't we be friends? Jangan keliru wahai pembaca Astro Arena yang setia, tajuk itu bukanlah merujuk kepada lagu dendangan kumpulan War pada tahun 1975.

Why can't we be friends adalah secara jujurnya, suatu persoalan yang masih tidak terjawab lagi bagi saya - terutama sekali dalam dunia bolasepak tempatan kita.

Baru-baru ini, gambar bas pasukan Pahang FC menjadi viral apabila diconteng ketika pasukan itu bertandang ke Larkin, dalam pertemuan Liga Super di antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim.

Hater alert!

Seperti disangka, ramai yang terus menganggap perbuatan kurang elok ini adalah perbuatan penyokong pasukan JDT! Benar ataupun tidak, tidak berani saya nak komen.

Anyway, saya tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak, nanti timbul isu lain pula... Apa yang saya nak tekankan adalah perkara ini perlu diingati oleh semua - bukan penyokong Pahang ataupun JDT sahaja. Tidak salah untuk kita menyokong pasukan masing-masing sepenuh hati, sepenuh jiwa... Tanah tumpahnya darahku bukan? Menyokong 100% dan rasa cinta ke atas pasukan itu bagus. Saya pun tak nafikan.

Tetapi janganlah hingga ke tahap mengamalkan sifat provokasi yang tidak bertempat.

Buka sahaja Twitter ataupun Facebook sekarang, tidak pasal-pasal orang Johor dan orang Pahang sudah bergaduh sesama sendiri. Kalau gaduh yang biasa-biasa saja tak apa. Masalahnya sekarang, bahasanya semakin kesat, unsur kenegeriannya semakin menebal...rasa sedih pun ada bila baca kata-kata yang diungkapkan secara begitu terbuka oleh sesetengah manusia ini. Dahlah tak confirm lagi conteng bas itu perbuatan siapa. Orang Johor kata perbuatan orang Pahang sendiri. Orang Pahang pula kata perbuatan orang Johor.

Pesalah pun belum tentu tahu siapa lagi, tapi bergaduh dah macam perang dunia ketiga! Sungguh merugikan!

Sebab saya terbaca beberapa komen gaduh-gaduh inilah yang membuatkan lagu Why Can't We Be Friends secara automatiknya bermain di dalam kepala saya.

Susah sangat kah untuk kita semua berdamai?

Advertisement

Must Watch Video